The Story

i'm not a professional writer. i write due to my passion in reading and also writing. i've written 'the story' for 2 years plus. Insya-Allah, i'll be posting a chapter in each posting, probably twice a month.

Tuesday, December 28, 2004

Part 3

Mama meramas lembut tangannya. Abah memeluk erat bahu Nalya. Mereka duduk mengadap skrin pengumuman jadual penerbangan. Kuala Lumpur International Airport kurang sibuk malam itu. Cahaya lampu yang menerangi seluruh aras di lapangan terbang itu membuatkan seluruh tempat menjadi kelihatan meriah. Seakan ada suatu keramaian lagaknya. Kanak-kanak berlari berkeliaran sambil bermain troli yang disediakan untuk para penumpang.

Ada juga yang menangis bila ada yang bertolak-tolak. Puas ibu atau bapa mereka menegah. Namun kanak-kanak itu makin riang dan ligat bermain. Boleh dikatakan mereka berpusing ke segenap aras untuk menaiki troli. Yang tua sedikit akan menolak troli itu. Yang kecil terkekeh-kekeh bila si abang atau kakak menolak laju. Mereka bagai tidak memperdulikan orang disekeliling.

Penumpang-penumpang pula sibuk mendaftar diri di kaunter-kaunter yang disediakan. Ada juga beberapa kelompok kumpulan pelancong yang mahu berangkat ke negara masing-masing. Mereka sibuk mengeluarkan passport dan memastikan yang semua beg telak didaftarkan untuk dimuatkan didalam penerbangan masing-masing. Kelihatan mereka cuba berbincang tentang had berat beg masing masing yang mungkin penuh dengan cenderahati yg bakal dibawa pulang untuk keluarga dan kawan-kawan.

Sesekali Nalya menatap jam tangannya. Sanak saudara yg rapat juga berada di situ, menanti keberangkatan Nalya. Pada fikirannya keputusan untuk melanjutkan pelajaran adalah yg paling tepat. Terimbas waktu dia memberitahu hasratnya kepada Abah. Dengan segera Abah membuat persiapan. Abah punya ramai sahabat di UK. Selama 15 tahun Tuan Hj Azlan tinggal di UK. Selepas menamatkan pelajaran, dia bekerja dan mencari pengalaman. Tidak hairanlah kalau ramai yang sudi membantu jikalau dia atau keluarganya berhajat ke sana. Lebih-lebih lagi Nalya mahu menuntut.

“Lya jangan nakal-nakal kat rumah Uncle Razif nanti yea,”

“Apa la Abah ni, Lya bukan budak kecik lagi tau. Malu Lya kalau Abah cakap macam tu depan orang’” mencebik Lya mendengar pesan Abahnya sambil kedua tangan pantas melipat baju lantas disusun rapi di dalam beg besar.


Tuan Hj Azlan segera mendekati anak tunggal perempuannya.

“For me, you’re still my little girl, wahai Cik Nalya Wirdahani,”matanya berkaca ketika mengucapkan kata-kata itu.


Rasa sebak menyerbu ke seluruh dadanya. Nalya menatap wajah Abahnya dengan penuh kasih sayang. Lantas dipeluk tubuh yg tegap itu.

“Abah ni, cakap macam Lya tak akan balik sini lagi tau. Jangan la macam ni. Lya sedih Bah…”airmatanya luruh lagi. Nalya sedar, dirinya tidak sekuat dulu. Dia semakin sensitif dan mudah menangis.

“Oklah,Abah minta maaf ya.Emm… continue packing your things. Kalau ada apa-apa yang tak cukup lagi, bagitahu Abang Long eh,”dia mencubit mesra pipi anaknya. Nalya tersenyum nipis.

Tiba-tiba terasa tangan kanannya ditarik oleh Mama;


“Lya, diorang dah announce tu. You have to go now,” Nalya tersedar dari lamunan. Tangannya mencapai bag-pack dan disandang rapi ke belakang tubuhnya.

Nalya bersalaman dengan sanak saudara, adik beradik dan terakhir, Abah dan Mamanya.

Nalya berpeluk erat dengan kedua manusia yang begitu memahami perasaan dan tingkah lakunya. Tiada yang lain malah Ikhwan juga. Airmatanya merembes bila teringatkan Ikhwan. Dia tidak perlu tahu akan pemergianku,bisik hati kecilnya.

“Lya,”

“Eh Ika!”Nalya terjerit kecil. Ika memeluk erat tubuh Nalya. Airmatanya mengalir.

“Hey, jangan nangis. I’ll be back, alright?” Nalya pantas mengelap airmata Ika.

“Kau ni tak sedih yea. Tak nangis pun!”marah Zulaika. Nalya tertawa nipis.

“I’m tired of crying Ika,”bisiknya ke telinga Zulaika.

“Mail me, silly,”pantas jejarinya mencubit hidung Nalya. Nalya terkekeh kecil. Kepalanya dianggukkan beberapa kali. Zulaika tidak sedar, tiba-tiba Nalya sudah jauh sambil melambaikan tangan. Zulaika sedar, pelajaran bukan sebab utama Nalya ke UK. Dia tersenyum nipis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home