Part 4
Sudah 8 bulan lebih Nalya mengikuti program 'masters'nya. Dia kurang sibuk lantaran kelas hanya diadakan pada hujung minggu. Selalunya, pada waktu siang, dia lebih suka memerap di perpustakaan. Selepas waktu makan tengahari, dia akan ke Pizza Town yang berhadapan dengan kampusnya. Kedai makanan segera kecil milik sepasang suami isteri dari Pakistan menjadi kunjungannya saban hari. Zara, teman serumahnya mencadangkan agar Nalya memohon untuk bekerja secara sambilan disitu setelah mendengar rungutan Nalya yang bosan kerana asyik memerap. Hendak keluar berjalan, dia tidak gemar berpeleseran tidak tentu tujuan. Sebelah malamnya pula, dia lebih suka berehat di rumah bersama dengan teman-teman senegara yang rajin berkunjung.
Petang itu, Nalya berjalan perlahan sambil menyedut udara segar di Longbridge Road. Selalunya, dia mengambil bas untuk cepat sampai ke rumah tetapi hari itu, dia teringin untuk berjalan kaki. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket jaket tebalnya.
“Lya!”jerit satu suara. Nalya tercari-cari dari mana suara itu. Dia menoleh kebelakang. Bibirnya mengukir senyum. Kelihatan Megat Safri termengah-mengah berlari ke arahnya. Tiba sahaja di hadapan Nalya, dia membongkokkan tubuh. Seorang wanita Inggeris yang kebetulan lalu melepasi mereka tersengih melihatkan Megat Safri.
“Haiii…lari sikit dah penat ke??”usik Nalya sambil tertawa. Megat Safri menegakkan tubuhnya semula. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.
“Lya jalan laju la!Safri panggil-panggil tapi Lya buat tak tahu je.Itu yang Safri kejar,”dia tertawa sendiri mengingatkan dirinya terkejar-kejarkan Nalya. Nalya hanya menutup mulut sambil tertawa. Manisnya dia,bisik hati Megat Safri.
“Sorry ok, Lya tak perasan. Lya tengah syok amik angin. Memang fikiran pun melayang-layang entah ke mana. Safri ni nak pegi jumpa Nizam ya?Jomlah jalan sekali,”ajak Nalya. Megat Safri mengangguk lembut.
Sambil melangkah, Megat Safri memulakan perbualan;
“Lya, seronok di sini?”
“Seronok.Rasa tak nak balik Malaysia,”ujar Nalya.
“Tak nak balik? You must be kidding. Takkan tak ada yang menunggu Lya?”dia mula mencungkil perihal Nalya yang selama ini tidak diketahuinya. Tidak ada sesiapa yang mengetahui kisah Nalya.
“Tak ada yang tunggu. Lya lagi suka kalau macam ni. Live my life alone. Tak ada sesiapa yang nak sekat atau marah Lya,”dia memerhatikan Megat Safri yang berpeluk tubuh. Langkahnya perlahan.
“Lya, sedar tak sedar,dah 8 months kita berkawan. Kalau mengandung, dah nak bersalin pun,” Nalya menoleh ke arah jejaka di sebelahnya sambil membeliakkan mata.
“You pregnant???”Tanya Nalya sambil ketawa besar. Dengan pantas dia menakup mulutnya. Megat Safri juga ketawa besar diusik Nalya. Setelah reda, Megat Safri bertanya lagi;
“Lya ada anyone special kat sini?” Nalya menggeleng lembut. Bibirnya tersenyum nipis. Dia sudah dapat mengagak tujuan Megat Safri bertanyakan soalan yang pelik-pelik begitu.
Tiba-tiba tangannya memegang lengan Nalya. Dia memalingkan pandangan ke arah wajah Nalya.
“Lya, let’s be friends. I mean close friends. I wanna know you. The first time I saw you masa ikut Nizam jemput you di airport, I was so stunned. You’re like a princess in a fairy tale. Masa tu, I belum kenal betul dengan you. But as time goes by, your inner beauty has caught me Lya. I can’t fool myself. Please give me a chance, untuk menyayangi you Lya,” direnung wajah ayu Nalya. Nalya hanya membatu. Dia tersenyum nipis.
Pada Nalya, 8 bulan adalah suntuk untuk mengenali hati budi seseorang. Lebih-lebih lagi seorang lelaki seperti Megat Safri. Lantas dia teringatkan Ikhwan Zulhairi yang sudah 8 bulan ditinggalkan. Ikhwan tidak mencarinya. Cuma satu email bertanyakan sama ada Nalya sihat atau tidak. Itu saja. Luruh hatinya mengingatkan email tersebut. Dia menggenggam tangan Megat Safri yang sedari tadi memegang lengannya.
“Safri, kita kawan saja, please. I tak nak ada commitment dengan sesiapa buat masa ni. Pengalaman mengajar I. Kalau you sudi, I nak jadikan you bestfriend I,”ujarnya lembut. Megat Safri mengeluh kecil dan tertunduk.
Dia teringatkan kata-kata Nizam. She’s tough,susah untuk mendekati Nalya Wirdahani. Kini dia mengakui kata-kata Nizam. Lama dia begitu. Beberapa minit kemudian, dia mendongak dan memandang Nalya. Dia tersenyum dan memeluk bahu Nalya.
“Ok, I agree! That’s better than nothing. Kalau tak dapat sayang you as my future queen, dapat sayang you as my bestfriend & sis pun, jadilah,”katanya sambil mencebik. Nalya terkekeh kecil melihatkan gelagat Megat Safri. Mereka berjalan seiringan untuk pulang dan Nalya bersyukur atas penerimaan ikhlas Megat Safri.
1 Comments:
ya. kadang-kadang, kita tak ingat pada pengalaman kita dulu. and we tend to make mistakes again and again. kita sedar, tapi...maybe emosi menghalang kita utk belajar dari kesilapan..:(
Post a Comment
<< Home