Part 5
Kepalanya dilentokkan ke cermin tingkap. Cuaca di Essex, UK hari itu cerah walau angin di luar mampu menyelinap ke tulang. Dia berpeluk tubuh dan merenungkan ke padang berdekatan perpustakaan. Komputer di hadapannya masih terpasang. Terdapat beberapa buah novel di tepi kiri kirinya. Dompetnya diletakkan bersebelahan dengan buku-buku itu. Nalya tersenyum nipis melihat kanak-kanak berlari riang di padang. Hatinya seriang mereka. Dalam diam, Nalya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Ta’ala. Berkat usaha dan kurniaan Ilahi, dia lulus. Dia kini seorang Masters holder, usik Mamanya, Hajah Zuriya. Hujung bulan ini, akan diadakan konvokesyen di universiti tempat dia belajar.
Sudah setahun lebih dia di rantau orang. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke pangkuan Abah dan Mama. Rindunya pada mereka tidak dapat disekat lagi. Sejak dia selesai kuliah dan peperiksaan, saban hari dia mengadap komputer di perpustakaan untuk berchatting dengan Abah. Abah sudah semakin arif tentang dunia cyber. Nalya sering bertukar maklumat dengan Tuan Hj Azlan.
“Lya, we’re closing,”Nalya tersentak dari lamunannya. Matanya melirik pada jam dinding di hujung bilik itu.
“Oops, I’m sorry David. I guess I was so concentrating on those little tots. They’re just damn adorable,”kata Nalya sambil tersenyum. Tangannya pantas mencapai novel-novel yang baru dipinjam.
“Oh yeah,well….when will you have a few of those sweetie pies?”tanya David mengusik.
“A few???Define ‘a few’, mista!”mata Nalya terbelalak merenung David, pembantu perpustakaan di situ. Lelaki Negro itu galak tertawa. Sering dia mengejutkan Nalya dari lamunannya. Setiap petang, dia pasti duduk di kerusi itu dan David akan datang mendapatkannya apabila dia mahu menutup dan mengunci perpustakaan.
“You’ll never know,dear.”David mengusik Nalya lagi.
“I’m heading home.Cheers!”Nalya melangkah segera. Lebih lama dia di situ, lebih galak David mengusik.
Nalya melangkah pulang ke rumah dan menyusuri padang yang direnungnya dari tadi. Kanak-kanak tadi masih bermain. Dia duduk di bangku yang disediakan, bersebelahan dengan bangunan Student Union.
“Eh Lya, buat apa kat sini?”tegur Nizam, pelajar Malaysia yang bekerja sambilan dengan badan pelajar. Tugasnya mengendalikan pelajar-pelajar dari Malaysia dan Indonesia, menjemput mereka dari lapangan terbang, mengendalikan tempat tinggal dan memberi taklimat serta tunjuk ajar tentang kehidupan di UK. Kakinya baru sahaja mahu melangkah menaiki van milik universiti bila terpandangkan Nalya.
“Tak ada apa. Saja duduk perhati budak-budak tu.”mulutnya memuncung ke arah tengah padang.
“Ohh… ingatkan risau pasal study. Tapi rasanya Lya tengah tunggu konvo, kan? Emm…Zam nak pergi amik student kat Heathrow. Lya nak ikut?”ajak Nizam. Nalya rajin mengikutnya ke Heathrow. Nizam senang dengan sikap Nalya yang suka membantu.
“Heathrow? Sorry Nizam, Lya tak boleh. Nak kemas barang sikit. Esok nak ship ke Malaysia. Kena buat dari sekarang, kalau tidak, susah Lya.”
“Eloklah tu. Oklah Lya, Zam dah lewat, nanti kita jumpa kat rumah Kak Tina Sabtu ni yea,” ujarnya sambil menutup pintu van.Nalya teringat kembali jemputan Kak Tina,penuntut undang-undang tahun akhir yang akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena kejayaan Nalya.
Nalya mengalihkan padangan ke padang semula. Kanak-kanak itu tidak lagi kelihatan. Dia bangkit perlahan-lahan dari bangku. Matanya tertancap pada novel-novel di atas meja di kiri bangku. Tiba-tiba darah menyerbu ke muka. Dompetnya tidak ada di situ. Matanya tercari-cari kalau ianya terjatuh di sekitar meja namun bayang dompetnya juga tidak kelihatan.
Dia menggenggam erat novel-novelnya. Kakinya melangkah semula dan menjejaki jalan yang dilalui sewaktu pulang dari perpustakaan. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Hatinya digaru risau yang amat sangat. Kelopak matanya nyaris berair. Kau ni cuai sangat Nalya Wirdahani!bentak hatinya. Kakinya sudah menghampiri pintu perpustakaan yang sudah bertutup.
“Is this yours?”tegur satu suara di belakangnya. Dia sedikit takut dengan keadaan kawasan hadapan perpustakaan yang hampir gelap.Tangan kanannya erat memeluk novel dan tangan kirinya kejap memegang bahagian depan tudungnya. Dia menoleh pantas. Matanya tidak berkerdip memandang ke arah lelaki itu. Darah menyerbu pantas ke mukanya, buat kedua kali.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home