The Story

i'm not a professional writer. i write due to my passion in reading and also writing. i've written 'the story' for 2 years plus. Insya-Allah, i'll be posting a chapter in each posting, probably twice a month.

Monday, January 24, 2005

Part 6

Televisyen bersuara perlahan. Nalya menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan Kak Tina sedang sibuk menyusun meja makan. Megat Safri ligat menolong. Semua kerusi telah ditarik ke tepi. Cadangan Nalya supaya menyediakan makanan ala buffet dipersetujui Kak Tina. Nalya bergerak ke dapur semula. Tangannya ligat membasuh salad, timun dan tomato untuk ulaman nasi ayam hasil air tangannya. Matanya melirik ke arah jam comel di atas peti sejuk. Hampir pukul 12.30 tengahari.

Setelah selesai menyusun makanan di atas pinggan hidang, langkahnya pantas ke meja utama dan mula membantu Kak Tina menyusun hidangan yang pelbagai warna. Azida, Iman dan Zara masih mengemas di dapur. Matanya memerhati juadah yang pelbagai. Selain nasi ayamnya, ada roti jala berkuah, ketupat dengan rendang tok berserta kuih muih dan lengkong. Kecur Nalya dibuatnya. Megat menegur. Katanya mahu pulang sebentar untuk menjemput family Kak Hanum, jirannya. Suaminya bekerja dan tidak ada kenderaan untuk menghadiri majlis itu.

“Assalamualaikum,”terdengar suara lelaki memberi salam. Nalya dan Kak Tina menoleh ke pintu serentak. Mereka menjawab salam.


Kak Tina segera ke pintu. Nalya kembali menyusun.Kelihatan Kak Tina begitu mesra dengan lelaki itu. Sweater merah terang dengan seluar khakis krim menyerlahkan penampilannya. Nalya menoleh ke arah pasangan yang rancak berbual. Lelaki itu! Dia terkedu sebentar, kemudian melemparkan senyuman.

“Lya, kenalkan, hubby Akak, Ahmad Irsyad. Call him Abang Irsyad,”ujar Kak Tina sambil tersenyum ke arah Nalya. Senyuman Nalya melebar.

“Terima kasih,”tegur Nalya lembut.

“Terima kasih?Aik….You’re suppose to say apa khabar, Lya?”ujar Kak Tina sambil tergelak kecil.

“Yeah, she should thank me Tina. Kalau tidak, adik kita ni tak balik Malaysia jawabnya,”katanya sambil tersenyum. Tangan kirinya erat merangkul pinggang Kak Tina.

“So ini dia hubby Kak Tina yea.Baik orangnya.Bertuah Akak tau,”usik Nalya manja. Muka Kartina makin berkerut. Irsyad mengajak mereka duduk. Nanti Kak Tina terduduk kehairanan, usiknya. Nalya dan Kak Tina terkekeh kecil.

Nalya mula menceritakan saat dia kehilangan dompet di kampus lewat minggu lepas. Dia juga menerangkan bahawa Abang Irsyad yang telah menemui dompetnya. Sewaktu Abang Irsyad menegur untuk mengembalikan dompetnya itu, dia terdiam. Kemudian,dia merampas dompet dari tangan lelaki itu dan terus berlari pulang tanpa berkata sepatah apa pun. Kak Tina hanya menggeleng kepala. Mulutnya sibuk memarahi Nalya atas kecuaiannya. Nalya hanya tersenyum malu bila dimarahi di hadapan Irsyad.

“Emm….ini yang Lya suka pasal Kak Tina. Mulutnya macam murai,sentiasa riuh. Kalau Akak tak ada, alamat sunyilah hidup Lya,”Nalya berdrama lantas duduk di tepi Kartina.


Dia memeluk dan mencium pipi wanita yang 5 tahun lebih tua darinya itu. Mengekek Irsyad ketawa bila menyaksikan drama di antara isteri dan adik angkat kesayangan Kartina. Selama ini, Kartina sering menceritakan tentang Nalya. Baru kini dia berpeluang menemui sendiri gadis manja yang ayu itu.

“Nalya cantik bang, baik budaknya,selalu temankan Tina,jaga makan minum Tina. Macam Tina ni kakak kandung dia. Tina bernasib baik sebab nak depend sangat pada Abang, mana boleh. Abang jauh di Glasgow sana,”terang Kartina sewaktu isterinya mengajaknya ke Essex untuk kenduri Nalya.


Sejak mereka tiba di UK 5 bulan lalu, Irsyad sepanjang masa berada di Glasgow bagi menghadiri kursusnya di sana. Syarikatnya menghantar Irsyad dan 2 orang lagi untuk menjalani kursus selama dua tahun. Peluang pada Kartina yang begitu ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kebetulan dia mendapat tawaran di Essex. Kartina tidak mahu melepaskan peluang walaupun berjauhan dari suami. Itulah kali kedua Irsyad menjejakkan kaki ke Essex. Kali pertama, sewaktu menghantar Kartina. Waktu itu, Nalya ke kelas dan tidak berpeluang menemui gadis ayu itu.

Majlis kenduri kesyukuran berjalan lancar. Hampir kesemua dari jemputan hadir tengahari itu. Nalya yang manis berkurung Johor putih berbunga hitam dan bertudung putih sibuk melayan jemputan yang hadir. Nalya gembira kerana kehadirannya di bumi UK selama ini disenangi semua. Bukan saja yang tua malahan anak-anak kecil begitu manja dengan Auntie Nalya mereka. Malah ramai juga pelajar-pelajar Malaysia yang meminati Nalya. Dia hanya melayan mereka sebagai rakan senegara. Tidak akan lebih dari batas itu.


Nalya cukup sedar, walaupun perasaan terkilan terhadap Ikhwan masih ada, dia masih menyayangi lelaki itu. Dia mahu hatinya tidak terisi dengan kasih mana-mana lelaki. Memang dia akan sentiasa kasihkan Ikhwan hingga ke akhir hayat. Jika ditakdirkan Ikhwan mahu kembali bersama dan menyedari kesilapannya, Nalya sudah pun berjanji pada dirinya sendiri bahawa segala yang berlaku tidak mungkin diulangi semula. Cukuplah deraan jiwa yang ditinggalkan Ikhwan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home