Part 7
Nalya cukup gembira menerima tawaran bekerja itu. Hasratnya untuk terus menetap beberapa tahun lagi di UK tercapai. Kak Tina juga melonjak tatkala menerima berita itu. Abah dan Mama bersetuju saja dengan rancangan Nalya. Tuan Hj Azlan yakin, Nalya mampu hidup di bumi UK dan berdikari. Dia mahu Nalya menyusuri hidup sepertinya, mengerti tentang kepayahan hidup di rantau orang. Namun Nalya merasa sedikit terkilan apabila Megat Safri memberitahu yang dia harus pulang setelah segalanya selesai. Bapanya mahu dia menguruskan perniagaan keluarga yang semakin maju.
Abah, Mama dan Megat Safri menaiki penerbangan yang sama untuk pulang. Berkali-kali Mamanya memesan agar Nalya menghubungi mereka selalu. Megat Safri pula sibuk mengingatkan Nalya untuk menghantar email padanya. Tiap hari!usik Megat Safri. Nalya tersenyum hambar. Dia bakal kehilangan sahabat dan abang yang sering menemaninya setiap masa. Lelaki itu rajin mengusiknya. Sampai merajuk Nalya dibuatnya. Kak Tina yang selalu meredakan mereka.
Setelah mereka selamat berlepas, Nalya memandu pulang ke Essex. Berseorangan balik membuatkan Nalya berasa sepi. Sampai saja, dia terus bergegas ke Pizza Town. Baru dia teringat yang dia sudah berjanji dengan Shahara untuk menggantikan shiftnya malam itu. Gadis dari Kedah itu mahu menelaah kerana peperiksaan akhir tahun hampir tiba. Nalya tidak keberatan, memandangkan segala yang berkaitan dengan pelajarannya sudah pun selesai. Hanya menunggu hari untuk memulakan kerja barunya.
Sebaik saja dia mengikat apron di pinggang, terdengar suara memanggil;
“Excuse me, I’d like to order,” Nalya menoleh dan mempamirkan senyuman. Senyuman Nalya bertukar menjadi jeritan halus.
“Abang Irsyad!!!!!!”Mengekek dia kerana terkejut dengan kehadiran suami Kartina. Abang Irsyad juga ketawa kecil. Nalya menghampiri lelaki itu di kaunter.
“Yes sir, how may I help you?” Nalya masih tertawa kecil.
“Yes please, you could help me by stop giggling because it is so annoying,”usik Irsyad. Nalya menjeling manja lantas menunjukkan aksi hendak membaling botol sos di tepi kaunter. Irsyad mengelak sedikit sambil ketawa kecil.
“Bila sampai Bang?”tanya Nalya.
“Baru saja. I called Kak Tina petang tadi, and she said you’re working tonight. Lagipun Kak Tina kata dia tak masak so I promised her to buy something,” Nalya mengangguk.
Selesai membungkus segala makanan, Irsyad mengajak Nalya pulang. Nalya segera bertanya kepada Mr Rahman. Lelaki Pakistan itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Setelah Irsyad bersalaman dengan Mr Rahman, mereka melangkah pulang. Rumah kediaman Nalya, Kartina dan 2 orang lagi penuntut Malaysia kelihatan suram. Nalya berasa tidak sedap hati. Kartina jarang membiarkan rumah mereka suram. Kalau boleh, semua lampu dirumah sederhana besar itu hendak dinyalakan.
Nalya berlari anak masuk ke rumah. Meninggalkan Irsyad di belakang. Irsyad berkerut dahi melihatkan gelagat Nalya. Ketika Nalya berlari di tingkat atas, Irsyad sedang meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Tubuhnya dihempaskan ke atas sofa. Terlalu letih rasanya. Walau apapun, dia tidak kisah. Yang penting, dia harus selalu menjenguk Kartina. Kartina adalah satu-satunya manusia yang amat bermakna dalam hidupnya. Kartina adalah hidup matinya.
“Abangggg!!!!!”
Irsyad tersedar dari lamunan tatkala terdengar jeritan Nalya. Kakinya pantas meniti tangga yang curam. Dia berlari ke bilik utama rumah itu. Matanya tertancap ke tubuh Nalya yang sedang memangku kepala Kartina.
“Kenapa ni Lya???”Irsyad bertambah kalut melihat Nalya yang menangis dan tidak mampu menjawab soalannya. Dia memeluk erat tubuh Kartina.
Dengan pantas Irsyad mendukung Kartina dan berlari ke tingkat bawah. Dia menjerit pada Nalya yang masih kebingungan untuk mengambil kunci kereta dan beg tangan Kartina. Nalya yang masih terpinga-pinga bergegas mengambil apa yang perlu, dia melangkah pantas turun dan terus ke kereta. Dia memangku Kartina dan Irsyad menekan minyak dengan pantas.
Nalya mengesat peluh yang merenih di dahi Kartina. Sesekali diseka airmatanya. Bimbang betul dia dengan keadaan Kartina. Dia memandang ke cermin tengah. Berkerut dahi Irsyad. Sesekali dijelingnya Kartina. Dia tidak sanggup kehilangan Kartina. Dia tidak pasti harus bagaimana dia mahu melalui hidup tanpa keletah dan tawa manja isterinya. Yang tidak-tidak bermain di fikirannya.
Begitulah juga dengan Nalya. Kartina yang dianggap seperti kakak kandung sendiri tidak pernah menyembunyikan apa-apa dari pengetahuannya. Hatinya kuat berkata yang Kartina sedang menghidap penyakit yang serius. Namun dia berdoa agar segala yang disyakinya itu tidak benar.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home