Part 8
Nalya bergegas kereta. Laptopnya disandang di kiri bahu, tangan kanannya menggenggam beg tangan. Dia sudah terlewat sampai ke rumah. Bimbang kalau-kalau Edith, pembantu yang digajikan untuk memerhati keadaan Kartina mahu balik segera. Sudah lebih setahun Kartina mengidap leukemia. Badannya sentiasa lemah sejak akhir-akhir ini. Nalya kecewa dengan perkembangan itu.
Namun Kartina bernasib baik, Irsyad masih setia menjenguk setiap hujung minggu sementara menamatkan kursus yang tinggal beberapa bulan lagi. Lamunannya terhenti bila kereta milik Kartina yang digunakan memasuki porch. Nalya dapat melihat Kartina sedang duduk di atas kerusi roda, mengadap ke porch. Kepalanya diikatkan tudung, wajahnya tidak semerah dulu malah bibirnya pucat. Nalya tersenyum pada Kartina. Wanita itu membalas mesra.
“Edith mana Kak Tina?”tanya Nalya mesra. Dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan Kartina. Wanita itu menggenggam erat jemari Nalya.
“She’s in the kitchen. Akak baru lepas minum. She made some pies. Sedap tau Lya,”dia ternyata amat menyenangi Edith. Wanita Inggeris yang berumur awal 30-an yang juga bekas jururawat itu rajin melayan kerenah Kartina.
“Nalya, I have to go darling. My husband is going to be back any time now dear. The pie is in the microwave yeah,”tegur Edith.
“It’s alright Edith. Thanx so much. Sorry, I’m late today,”
“It’s ok. Tina, see you tomorrow alright and Lya, please give her the medicine on time,”
Nalya mengangguk lembut. Mereka berdua memerhatikan Edith hinggalah wanita itu hilang dari pandangan. Nalya kemudian menoleh pada Kartina.
“Kak Tina ok ke hari ni? Nampak macam sedih aje? Emm.. apa kata kalau kita pergi Sommerfield?Boleh kita shopping barang dapur. Lagipun dah lama kita tak keluar, kan Kak?”ajak Nalya. Mata Kartika melirik pada laptop dan beg tangan milik adik kesayangannya. Laptop! Dia arif benar, kalau Nalya membawa balik laptop, sudah pasti dia mahu menyiapkan kerja-kerjanya di rumah. Tidak wajar rasanya aku mengganggu waktu gadis ini, bisik hati kecilnya.
“Tak usahlah Lya, kita pergi weekends ajelah. Tengok tu, you brought your ‘baby’ home,” mulutnya memuncung ke arah laptop kesayangan Nalya. Gadis ayu itu terkekeh kecil. Lucu bila Kartina memanggil laptopnya ‘baby’.
“Ala Akak ni. Lagipun, Abang Irsyad is coming back tonight, kan? Lya nak masak, so kita boleh makan sama-sama.Nak?” wajah Kartina sedikit ceria bila terdengar nama Irsyad. Dia rindukan lelaki itu. Minggu lepas, Irsyad tidak dapat pulang kerana dia perlu menduduki peperiksaan.
Kartina terharu dengan sikap Irsyad. Sebenarnya, dia sudah tahu akan penyakit yang dihidapinya. Namun dia bimbang kalau-kalau Irsyad berpaling tadah. Kini, dia benar-benar yakin. Irsyad menyayanginya sepenuh hati. Lelaki itu sanggup berkorban untuknya. Sanggup mengurus makan minum, memandikan dan memakaikan baju untuk Kartina jika dia pulang setiap hujung minggu.
Begitu juga dengan Nalya. Gadis itu tidak pernah jemu memberinya semangat. Kalau diikutkan sifatnya yang dulu, sudah tentu dia sudah menyerah kalah. Kemungkinan, terbaring di atas katil adalah pilihan utamanya. Masih dia teringat sewaktu dia tersedar dari pengsan, Nalya sedang membelai rambutnya. Irsyad pula sedang tenang mengalunkan ayat suci Al-Qur’an. Dia memandang Nalya sambil tersenyum. Gadis ayu itu membalas lembut. Dikucupnya dahi Kartina. Dia kemudian memanggil lembut nama Irsyad. Nalya beralih duduk ke hujung kaki Kartina. Irsyad pula mengambil tempatnya.
“Maafkan Tina Bang. Tina tak sampai hati nak bagitahu dengan Abang dan Nalya. Tina tak nak semua orang susah pasal Tina. Dan…..emmmm”airmatanya mula merembes keluar.
“Dan apa sayang?”bisik Irsyad lembut. Walaupun begitu, Nalya masih boleh mendengar kata-kata Irsyad. Dia cukup tersentuh melihat keadaan itu.
“Tina takut Abang tak sayang Tina lagi sebab Tina berpenyakit,”tersekat-sekat suaranya meluahkan isi hatinya.
“Tina cakap apa ni sayang? Tina kan tahu, Abang sayangkan Tina sampai bila-bila. Abang berjanji, di hadapan Tina dan Nalya yang Abang akan menjaga Tina, hingga ke akhir hayat abang,” Irsyad memeluk erat tubuh Kartina. Serasa tidak mahu dilepaskan. Kartina sangat merasa dikasihi.
“Kak Tina,” teguran Nalya mengejutkan lamunan Kartina. Nalya menyiapkan Kartina dan mereka keluar membeli-belah. Tidak sabar Kartina mahu menyambut suami tercinta. Terbayang di matanya wajah tampan Irsyad. Hatinya diusik rindu buat sekelian kalinya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home