Part 9
Angin dingin bertiup lembut walapun mentari menyerlahkan diri tengahari itu. Nalya menggenggam beg laptopnya. Dia bercuti setengah hari. Tidak sanggup lagi dia hendak menghadap kerja-kerja pejabat. Setelah berjumpa doktor, dia mendapat cuti sakit selama 2 hari. Dia diminta berehat. Mungkin pemergian Kartina 3 bulan lepas masih menghantui dirinya.
Airmatanya mengalir bila teringatkan Kartina. Disekanya titisan yang sudah membasahi bahagian hadapan tudungnya. Selama itu juga dia tinggal berseorangan di rumah sewa mereka. Irsyad sedang menghabiskan segala peperiksaan yang harus dihadapinya di Glasgow. Hujung minggu ini, dia mahu pulang untuk mengemaskan segala barangan kepunyaannya dan Kartina. Dia mahu pulang ke tanah air, katanya pada Nalya sewaktu menelefon gadis itu petang semalam. Irsyad rapat dengan Nalya sejak akhir-akhir ini. Setiap hari, dia akan menelefon Nalya bertanya khabar.
Menjejak saja kaki ke rumah, Nalya terus ke ruang tamu. Dia berbaring di sofa. Badannya begitu panas. Matanya terlelap tanpa sempat dia memakan ubat yang diberi doktor. Dia terlena dan tidur dengan nyenyak. Mungkin akibat dari ubat yang dimakan di klinik selepas doktor memeriksa tubuhnya.
“Lya,” Nalya membuka sedikit matanya. Cahaya lampu memaksanya menutup mata semula.
“Lya sakit ke??Panasnya badan Lya!” terasa tangan kasar merasa bahagian dahi dan lehernya. Nalya cuba lagi untuk membuka mata. Bayangan wajah Irsyad memenuhi ruang pandangannya. Wajah itu semakin ketara dimatanya.
“Abang balik?”ujarnya sambil cuba membangunkan tubuh. Tubuhnya longlai semula ke atas sofa. Irsyad mengangkat bahu Nalya dan menyelitkan kusyen besar di belakang tubuh gadis itu.
“Iyea. I have finished the exams. Tak sanggup nak lama-lama lagi kat situ. Abang nak pack the things. I wanna go home as soon as possible. It’s been two months since Abang visit kubur arwah,”ujarnya sambil tersenyum nipis.
“Oh…”Nalya mengusap wajahnya.
“Lya demam ni,panas badan…have you gone for check-up?”
“Dah, Lya balik tadi terus tertido. Letih sangat, tak larat dah ni,”
“Abang masak bubur, kita makan dengan kacang goreng, ikan bilis goreng, sambal belacan, kicap sikit, ndak? Lepas tu Lya makan ubat and go to sleep. Abang papah Lya masuk bilik ya,” Nalya hanya mampu mengangguk kecil.
Setelah masuk ke bilik, Nalya membersihkan diri dan menukar baju yang lebih selesa. Hidungnya terbau ikan bilis yang sedang rancak digoreng oleh Irsyad. Setelah bersolat Dzuhur, tubuhnya terasa ringan dan segar. Kakinya melangkah perlahan ke dapur.
Irsyad yang sudah selesai menyediakan hidangan tersenyum melihat Nalya.
“Jom Lya,” Nalya ketawa kecil melihatkan Irsyad. Lelaki itu kelihatan lucu dengan apron beropol. Irsyad terpinga-pinga dibuatnya.
“Why?”tanyanya kehairanan.
“You looked sexy with those aprons,” Meledak ketawa mereka berdua. Nalya melabuhkan punggungnya dengan ketawa yang masih bersisa.
Mereka duduk mengadap makanan sambil berbual kosong. Nalya cukup berselera walapun kesihatannya kurang baik. Dia memang begitu sejak kecil. Walaupun sakit, dia masih berselera makan.
“Lepas ni, Abang nak kemaskan barang-barang Kak Tina. Banyak betul barang dia. Maklumlah, orang perempuan, kan? I have finished mine last week masa Abang balik. Lagipun tak banyak. Yang dekat Glasgow Abang dah ship semalam. Tinggal yang kat sini aje. Just dua beg,” terang Irsyad.
“Want me to help?” pelawa Nalya sambil menguis sisa-sisa bubur di dalam mangkuk.
“Eh nak tolong pulak? Awak tu, pegi rehat, badan panas. Esok, mama & abah Lya carik Abang pulak sebab tak jaga baby dia ni. Dah la manja, kuat merengek,”ejek Irsyad. Nalya hanya mencebik bibir. Dijelingnya Irsyad yang sedang meneguk minuman. Irsyad hanya ketawa melihat telatah adik kesayangan arwah isterinya.
1 Comments:
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة ماسة لمكافحة الحشرات
Post a Comment
<< Home