The Story

i'm not a professional writer. i write due to my passion in reading and also writing. i've written 'the story' for 2 years plus. Insya-Allah, i'll be posting a chapter in each posting, probably twice a month.

Monday, October 01, 2007

Part 10

Irsyad mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 9, bisik hatinya. Selesai mengemas dapur, dia berjalan menuju bilik tidur utama. Dia sempat melintasi kamar Nalya. Dilihatnya gadis itu sedang berbaring mengiring. Matanya terkatup rapat. Terdengar nafasnya perlahan dan teratur. Dipanjangkan langkah ke bilik. Diperhatikan sekitar bilik bernada krim itu dengan perasaan sayu. Kemudian tangannya pantas memasukkan baju-baju arwah Kartina ke dalam beg. Namun kerja-kerjanya dilakukan dengan perlahan. Bimbang mengganggu tidur Nalya.

Dia beralih ke meja belajar Kartina. Dibeleknya satu demi satu buku-buku rujukan, writing pad dan juga segala alat tulis wanita itu. Ditanggalkan pula stick board yang penuh dengan jadual peperiksaan, gambar-gambar dan nota-nota kecil. Irsyad memasukkan semua itu di dalam sebuah beg yang lain. Tiba-tiba dia terlihat sekeping sampul surat berwarna biru cerah kegemarannya. Ditelitinya nama yang tertulis di atas sampul surat itu. ‘AHMAD IRSYAD AHMAD ILYAS’. Dia pasti, itu tulisan Kartina. Jejarinya menggeletar membuka sampul surat yang dia amat pasti, ditinggalkan oleh Kartina. Dibukanya sekeping kertas kajang yang bertinta biru. Diamatinya tulisan Kartina. Dia bersandar dikerusi dan mula meneliti ayat-ayat yang tersusun indah…dan memilukan. Peluh dingin mula membasahi tubuh Irsyad. Matanya terbeliak membaca isi surat yang tidak dijangkakan itu. Dia tiba-tiba panik namun masih membaca isi surat Kartina. Sesudah menghabiskan dua helaian surat itu, Irsyad tertunduk lesu. Kepalanya menggeleng beberapa kali. Isi surat itu begitu menggugat emosinya.

Dia lekas-lekas melipat surat tu, memasukkan ke dalam poket dan dengan pantas mengemas segala yang mahu dibawa pulang. Baju-baju dan segala barang kepunyaannya juga dikemaskan. Setelah siap mengangkut barangan ke tingkat bawah dengan penuh hati-hati, dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Nizam, pelajar yang bekerja di Persatuan Pelajar di universiti Nalya. Dia pasti, pemuda itu akan bermurah hati menghantarnya ke Heathrow Airport. Dia mahu pulang malam itu juga. Tangannya mencapai pen dan kertas lantas dituliskan nota lalu diselitkan di tepi telefon. Dia tidak betah lagi tinggal di rumah itu. Perasaan bersalah memercik di mana-mana.

*********************


Nalya terasa segar pagi itu. Dia menggeliat ringan. Sambil dia duduk di birai katil, dia berpeluk tubuh. Suasana senyap di rumah itu. Dia memasang telinga. Selalunya kalau Irsyad ada di rumah, dia akan sibuk mengemas di bawah. Nalya melangkah perlahan. Tapak kakinya terasa bisa sedikit. Dia mengintai bilik utama. Segalanya sudah bersih dikemas. Beg-beg Irsyad tidak ada lagi di situ. Dahinya berkerut kehairanan. Dia melangkah pantas ke tingkat bawah. Diperhati sekeliling. Senyap dan sunyi. Diintai juga dapur tetapi tiada orang di situ. Matanya tertancap ke arah rak kasut. Kasut sports milik Irsyad sudah tiada lagi di situ. Hatinya digaru kehairanan yang amat sangat. Dia membuka pintu rumah dan meninjau keadaan diluar. Dia ternampak jirannya Mrs Heather sedang melihat-lihat pokok bunganya.

“Good morning Heather,”sapanya lembut.

“Oh yeah, Morning Nalya!How are you feeling today? Irsyad told me that you were not feeling well. Are you okay, dear?” sahut Mrs Heather.

“Irsyad??Where is he?When did you see him?”tanyanya bertalu-talu.

“You didn’t know?He went off last night. It was half past 10. I just got back from visiting my daughter in Ilford when I saw him rushing in the university’s van. He was with bags and boxes. He told me that he’s going back to Malaysia and asked me to look out for you. He told me that you were having fever,”terang Heather panjang lebar. Nalya cuba mengawal dirinya. Dia tersenyum nipis.

Setelah memberitahu Mrs Heather yang mungkin dia terlupa akan pemergian Irsyad, dia masuk semula ke rumah. Airmatanya mula bercucuran. Dia tidak tahu kenapa Irsyad bertindak begitu. Nalya teramat bingung saat itu. Dia merebahkan diri di sofa. Sedang dia mengesat mukanya, dia ternampak sekeping kertas kuning di sisi telefon. Dicapainya lalu membaca butir-butir perkataan yang tertulis.

“ 10.45 pm
Assalamualaikum Nalya,
Abang terpaksa pulang ke Malaysia malam ini juga.
Don’t ask me why, or don’t try to think about it too much.
I know, it’s so sudden for you to take it but I have to go.
Maafkan Abang atas segala salah silap Abang. Jaga diri.
Wassalam.

IrsyadIlyas.”


Nalya terduduk kembali di sofa. Tangannya menggenggam erat nota dari Irsyad. Dahinya semakin berkerut. Apa sebenarnya yang berlaku?bisik hatinya. Hatinya hiba diperlakukan sebegitu. Dia sudah menganggap Irsyad seperti abang kandungnya sendiri. Nalya memeluk nota peninggalan Irsyad. Dia terlena bertemankan airmata. Sekelip mata, dia kehilangan dua saudara, pergi dengan tuju hala yang berbeza.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home