The Story

i'm not a professional writer. i write due to my passion in reading and also writing. i've written 'the story' for 2 years plus. Insya-Allah, i'll be posting a chapter in each posting, probably twice a month.

Monday, October 01, 2007

Part 11

Nalya mengatur langkah memasuki pasaraya yang baru 6 bulan dibuka. Matanya meliar mencari bahan-bahan untuk dimasak malam itu. Tangan kirinya erat menggenggam bakul. Dicapainya beberapa bungkus spaghetti dan diletakkan perlahan ke dalam bakul.

“Lya!!” jerit satu suara yang entah dari mana. Tertoleh-toleh Nalya mencari empunya suara. Matanya membulat tatkala ternampak senyuman ayu Zulaika, teman serumahnya sebelum berangkat ke England. Senyuman lekas terukir di bibirnya.

“Ika!!” kerit Nalya nyaring. Diletakkan bakul dan dengan pantas meluru ke arah Zulaika. Pelukan mereka erat. Zulaika menyeka airmata yang tertumpah di bahu Nalya.

“Kau jahat Lya! Tak ada pun bagitahu aku yang kau akan pulang..” ujarnya sambil mencebir bibir. Nalya ketawa sambil menutup mulutnya.

“Buruknya muka kau bila merajuk..”usiknya sambil memegang erat tangan Zulaika.

“Aku buat surprise la. Mama dan abah pun tak tahu yang aku balik tau” sambungnya.

“Kau ni, teruknya!

“Sorry Ika,aku balik pun, bukan bagi surprise yang tak elok.I came back and it’s for good.Itu yang mama dan abah aku tunggu selama ni.Aku memang nak contact kau tapi aku sibuk uruskan barang-barang untuk dibawa balik ke sini.Jangan la marah,”ujarnya sambil mengenyit mata ke arah Zulaika.Jejarinya pantas pula mencubit pipi temannya itu.

“Auw!Sakit lah!”jerit Zulaika. Mereka lantas menyambung tawa.

Setelah mereka membayar harga barangan yang telah dibeli.Zulaika menemani Nalya ke kereta untuk menyimpan barangan dapur yang dipesan mamanya. Kemudian,kaki mereka melangkah ke arah sebuah café berdekatan dengan pasaraya itu.

Sebaik melabuhkan punggung melepaskan lelah,mereka mula bercerita. Zulaika begitu tenang mendengar cerita-cerita kehidupan Nalya sepanjang berada di UK. Segalanya terluah oleh Nalya. Sudah lama dia tidak bercerita pada sesiapa tentang apa yang telah dialaminya. Pada perkiraannya, pertemuan dengan Zulaika hari itu merupakan rahmat kepadanya. Segalanya diceritakan, dari kisah-kisah tentang pelajaran, konvokesyen, rakan-rakan sepengajian, arwah Kartina dan juga kehilangan Irsyad. Zulaika mengangguk mendengar celoteh teman karibnya sambil tersenyum.

“Lya, seronok ya, dapat belajar dan dapat macam-macam experience yang mungkin kau tak pernah terfikir sebelum kau berangkat ke sana.Kiranya, ada hikmah disebalik pemergian tragis kau tu,”ujar Zulaikha perlahan.

Nalya hanya tertawa kecil. Dia faham dengan kata-kata Zulaikha. Malah dia tidak terasa hati. Walaupun sudah bertahun perhubungan antara dia dan Ikhwan berakhir, dia masih mengingati lelaki itu. Bukan untuk diratapi tapi pada Nalya, apa yang berlaku adalah sebagai sempadan baginya untuk menyusuri kehidupan. Segalanya membuatkan dia lebih berhati-hati. Dia masih ingat, Zulaika ada memberitahu dia tentang perkahwinan Ikhwan melalui email, setelah setahun lebih dia berada di UK.


Dalam hati, dia mengiakan tentang hikmah yang disebut oleh Zulaika. Dia mendapat ilmu dan pengajaran yang lebih luas tentang kehidupan semasa di UK. Kenangan bersama Ikhwan menjadikan jiwa seorang Nalya Wirdahani lebih tabah!

“So, sekarang, what are your plans? Kau baru saja sampai. Nak rehat dulu atau kau dah mula mencari kerja? Nak cari kerja memang susah sekarang ni but with your qualifications and experiences,aku rasa kau tak akan mengecewakan mana-mana company,”ujar Zulaika lantas mengenyit mata pada Nalya.

“Alah kau ni Ika. Puji-puji pulak. Aku dah rehat 2 bulan. It’s time to check out the job opportunities. Rasa lemas kalau tak bekerja. Macam la kau tak tahu perangai aku ni macam mana,”

“Tak reti duduk diam!”kedua-duanya bersuara serentak. Mata Nalya terbeliak memandang Zulaika. Mereka tertawa lagi.

“Kau tetap tak berubah Lya. Aku sentiasa rindukan gelak tawa kau. Ingat lagi tak, masa di rumah sewa kita dulu?” Nalya mengangguk dan tersenyum.

“Gelak, gelak lah juga. Aku ada something nak beritahu kau. Tentang Ikhwan,” Nalya mengangkat keningnya. Eish, baru aje terfikir pasal Ikhwan,ada pulak cerita pasa dia,detik hati kecik Nalya.

“Apa dia Ika. Ceritalah. I don’t mind. Aku dah tak kisah. Hati aku dah terubat. So, what is it all about?” katanya sambil meletakkan kembali cawan berisi kopi ‘o’ kegemarannya ke atas piring.

“Dia dah bercerai,Lya. With one child,” Ternganga Nalya mendengar kata-kata Zulaika. Tubuhnya tersandar. Dia betul-betul terkejut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home