The Story

i'm not a professional writer. i write due to my passion in reading and also writing. i've written 'the story' for 2 years plus. Insya-Allah, i'll be posting a chapter in each posting, probably twice a month.

Tuesday, December 28, 2004

Part 3

Mama meramas lembut tangannya. Abah memeluk erat bahu Nalya. Mereka duduk mengadap skrin pengumuman jadual penerbangan. Kuala Lumpur International Airport kurang sibuk malam itu. Cahaya lampu yang menerangi seluruh aras di lapangan terbang itu membuatkan seluruh tempat menjadi kelihatan meriah. Seakan ada suatu keramaian lagaknya. Kanak-kanak berlari berkeliaran sambil bermain troli yang disediakan untuk para penumpang.

Ada juga yang menangis bila ada yang bertolak-tolak. Puas ibu atau bapa mereka menegah. Namun kanak-kanak itu makin riang dan ligat bermain. Boleh dikatakan mereka berpusing ke segenap aras untuk menaiki troli. Yang tua sedikit akan menolak troli itu. Yang kecil terkekeh-kekeh bila si abang atau kakak menolak laju. Mereka bagai tidak memperdulikan orang disekeliling.

Penumpang-penumpang pula sibuk mendaftar diri di kaunter-kaunter yang disediakan. Ada juga beberapa kelompok kumpulan pelancong yang mahu berangkat ke negara masing-masing. Mereka sibuk mengeluarkan passport dan memastikan yang semua beg telak didaftarkan untuk dimuatkan didalam penerbangan masing-masing. Kelihatan mereka cuba berbincang tentang had berat beg masing masing yang mungkin penuh dengan cenderahati yg bakal dibawa pulang untuk keluarga dan kawan-kawan.

Sesekali Nalya menatap jam tangannya. Sanak saudara yg rapat juga berada di situ, menanti keberangkatan Nalya. Pada fikirannya keputusan untuk melanjutkan pelajaran adalah yg paling tepat. Terimbas waktu dia memberitahu hasratnya kepada Abah. Dengan segera Abah membuat persiapan. Abah punya ramai sahabat di UK. Selama 15 tahun Tuan Hj Azlan tinggal di UK. Selepas menamatkan pelajaran, dia bekerja dan mencari pengalaman. Tidak hairanlah kalau ramai yang sudi membantu jikalau dia atau keluarganya berhajat ke sana. Lebih-lebih lagi Nalya mahu menuntut.

“Lya jangan nakal-nakal kat rumah Uncle Razif nanti yea,”

“Apa la Abah ni, Lya bukan budak kecik lagi tau. Malu Lya kalau Abah cakap macam tu depan orang’” mencebik Lya mendengar pesan Abahnya sambil kedua tangan pantas melipat baju lantas disusun rapi di dalam beg besar.


Tuan Hj Azlan segera mendekati anak tunggal perempuannya.

“For me, you’re still my little girl, wahai Cik Nalya Wirdahani,”matanya berkaca ketika mengucapkan kata-kata itu.


Rasa sebak menyerbu ke seluruh dadanya. Nalya menatap wajah Abahnya dengan penuh kasih sayang. Lantas dipeluk tubuh yg tegap itu.

“Abah ni, cakap macam Lya tak akan balik sini lagi tau. Jangan la macam ni. Lya sedih Bah…”airmatanya luruh lagi. Nalya sedar, dirinya tidak sekuat dulu. Dia semakin sensitif dan mudah menangis.

“Oklah,Abah minta maaf ya.Emm… continue packing your things. Kalau ada apa-apa yang tak cukup lagi, bagitahu Abang Long eh,”dia mencubit mesra pipi anaknya. Nalya tersenyum nipis.

Tiba-tiba terasa tangan kanannya ditarik oleh Mama;


“Lya, diorang dah announce tu. You have to go now,” Nalya tersedar dari lamunan. Tangannya mencapai bag-pack dan disandang rapi ke belakang tubuhnya.

Nalya bersalaman dengan sanak saudara, adik beradik dan terakhir, Abah dan Mamanya.

Nalya berpeluk erat dengan kedua manusia yang begitu memahami perasaan dan tingkah lakunya. Tiada yang lain malah Ikhwan juga. Airmatanya merembes bila teringatkan Ikhwan. Dia tidak perlu tahu akan pemergianku,bisik hati kecilnya.

“Lya,”

“Eh Ika!”Nalya terjerit kecil. Ika memeluk erat tubuh Nalya. Airmatanya mengalir.

“Hey, jangan nangis. I’ll be back, alright?” Nalya pantas mengelap airmata Ika.

“Kau ni tak sedih yea. Tak nangis pun!”marah Zulaika. Nalya tertawa nipis.

“I’m tired of crying Ika,”bisiknya ke telinga Zulaika.

“Mail me, silly,”pantas jejarinya mencubit hidung Nalya. Nalya terkekeh kecil. Kepalanya dianggukkan beberapa kali. Zulaika tidak sedar, tiba-tiba Nalya sudah jauh sambil melambaikan tangan. Zulaika sedar, pelajaran bukan sebab utama Nalya ke UK. Dia tersenyum nipis.

Monday, December 20, 2004

Part 2

Kakinya menguis lembut pasir di hujung kaki. Sesekali dia menyelit rambut yg terbuai-buai mencucuk mata bundarnya. Sesekali tangannya memegang skirt yg ditiup angin. Cuaca yang cerah dan tidak berapa panas seperti memanggil-manggil Nalya untuk mengecapi angin laut petang itu. Hajat di hati mahu melihat matahari terbenam. Mesti cantik, bisik hatinya. Kakinya melangkah lagi.

Matanya tertancap ke arah sebuah keluarga yg berkelah. Mereka kelihatan riang dengan anak-anak yg comel berlari riang ke sana sini. Hatinya tersentuh. Mampukah aku untuk berada dlm golongan seperti itu?Ada suami,ada anak. Is there something for me in the future? Ada ke lelaki yg sudi menjadikan dia sebagai isteri? Bercucukah nanti mama dan ayahnya? Soalan begini sering menghantui fikirannya. Nalya tahu, jodoh, pertemuan, ajal dan juga kematian, segalanya di atas kuasaNya. Kita hanya mampu merancang, mamanya sering mengingatkan.

Fikirannya melayang pada Ikhwan. Segalanya baik tentang Ikhwan. Ikhwan berbudi bahasa, penuh dgn kasih sayang, taat kepada perintah Allah tetapi Nalya akui, setiap yg bergelar manusia itu pasti ada cacat dan celanya. Kalaupun bukan pada fizikal, ternyata ‘cacat’ Ikhwan terlalu ketara hingga mengaburi segala kebaikannya. Panas baran Ikhwan sukar diramal. Sikap berdiamnya amat payah ditafsir. Segala kasih pada Nalya akan tiba-tiba hilang bila berhadapan dengan nafsu amarahnya. Bahkan pernah dia menginginkan Nalya mati kerana masalah yg di perbesarkan. Hidup mati Nalya seolah berada di tangannya.

Nalya masih ingat, hari itu, dia pulang lewat dari pejabat. Tepat pukul 11.30 tgh mlm, dia tiba di rumah. Selesai membersihkan diri dan bersolat, tangannya mencapai telefon di kanan katil. Segera dia mendail nombor telefon bimbit Ikhwan. Tidak berjawab. 3 kali berturut-turut dia mencuba. Dahinya berkerut seribu. Dia mendail lagi tetapi nombor rumah Ikhwan pula. Dia tersenyum nipis bila terdengar ada yg menjawab.

“Hello, assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

“Wan, kenapa tak jawab call I?”

“Saja.”

“La…. Kenapa ni Wan?”

“Tak ada apa-apa.”

Nalya berdiam. Dia mati akal bila Ikhwan sudah menunjukkan perangainya. Mereka berdua membisu. Nalya memang arif, biarlah sejam, Ikhwan boleh bertahan dengan hanya mendiamkan diri. Nalya bersuara semula;

“Em… okk…err…. Wan dah makan ke belum?”

“Awak ni tak tengok jam ke??Kan dah tengah malam….nak makan haper lagi?!!??”

Nalya terdiam. Hatinya tersentuh ditengking begitu.

“Errr.. kan selalu Wan suka keluar supper dgn abang Wan. Makan nasik lemak panas kat kedai simpang rumah Wan tu…”

Ikhwan diam. Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.

“Kejap.”ujarnya.

Nalya berdiam lagi. Terdengar Ikhwan bergelak ketawa. Perbualan Ikhwan dan kawan baiknya menjadi hidangan telinga Nalya. Dia hanya mengeluh lembut. Matanya terarah ke jam di tepi katil. Hampir pukul 1 pagi. Berat sekali kelopak matanya saat itu.

Hello!

“Emm.. yea.”

“Awak dah nak tido sangat ke?Nak tido,pegilah…”sahut Ikhwan.

“Apa Wan ni??”matanya tiba-tiba segar.

Belum sempat Ikhwan bersuara, Nalya bersuara lagi;

“Kenapa Wan marah-marah ni? Apa salah Lya? Sampai hati Wan bercakap macam tu dengan Lya. Lya penat tau!”

“Penat? Ha pegilah tido, buat apa cakap dengan saya?”

Nalya mengeluh. Suaranya diperlahankan;

“Wan, Lya tak tahu apa salah Lya. Wan jangan la macam ni. Kalau ada yg silap, I’m sorry, ok?”

“Asyik mintak maaf aje. Awak tak penat ke mintak maaf? Awak fikir la sendiri apa yg awak dah buat. Saya ni lelaki. Saya tak tahu la awak ni pernah bercinta ke tidak.”

“Lya tak faham.”Nalya terkedu buat sekian kalinya.

“Tak faham?Hah bagos!”

“Lya tahu Lya silap. Lya jarang luangkan masa untuk Wan. Please Wan, fahami keadaan Lya. Wan nak Lya faham dan tahu segala apa yang dalam kepala Wan tapi Wan sendiri tak pernah nak faham dan ambil tahu tentang Lya. Wan jarang nak telefon Lya bertanyakan hal Lya. Makan minum Lya. Kadang-kadang tu, Lya sms Wan, bertanya khabar tapi Wan tak jawab. Lya tahu, Wan sengaja buat mcm tu untuk sakitkan hati Lya. Tadi tu, bukan main lagi Wan bergelak ketawa dengan Ed tapi bila bercakap semula dengan Lya, gelak ketawa tu semua hilang. Lya banyak bersabar dengan cara Wan treat Lya. Lya contact jugak Wan walaupun keadaan Wan tengah marah. Please, cuba hargai Lya, Wan…”

“So apa yg awak buat semuanya betul, apa yg saya buat semuanya salah. Hey jangan fikir diri sendiri la!Kalau awak rasa awak baik sangat, fine!”bentak Ikhwan.

“Lya tak tahu dimana silapnya sampai Wan marah macam ni. Kenapa Wan tak pernah nak faham. Be understanding. Lya tak mintak banyak.”suara Nalya meninggi sedikit.

“Ah!!Pegi mamposlah kau!!!Hey!Ngkau ni masuk kubur lagi baik la”terdengar dengusan nafas Ikhwan yg menahan nafsu amarahnya.

Nalya hanya terkebil-kebil. Telefon digenggam erat. Airmata peneman diri gugur juga akhirnya. Tergamak kau lelaki!seru hatinya.

“Wan…tergamak Wan kata gitu. ”

Ikhwan diam, masih menahan marah. Nalya dapat membayangkan wajah Ikhwan tatkala marah.

“Wan, Lya nak tido. Lya letih..dan sedih….kecik hati Lya Wan kata gitu.”sejurus kemudian terdengar Ikhwan menghempas telefon. Nalya terlena bersama airmata yang deras mengalir. Hatinya sayu dan begitu terluka.

Nalya tersedar dari lamunan bila angin kasar menyentuh kulit pipinya yg sawo matang itu. Dia memerhatikan sekeliling. Air makin pasang. Langit memerah. Sebentar lagi pastinya akan gelap. Segelap dan sesunyi hati Nalya. Hatinya masih mengingati Ikhwan Zulhairi. Ika sahabat karibnya sering merungut bila dia menyatakan ingatannya pada Ikhwan.

“Lya, kau seorang gadis yg baik. Kau juga dari keturunan yg baik-baik. Hati kau bersih Lya. Kau tak pernah ada niat tak elok tersimpan dalam hati kau. Aku tahu, kau baik, tapi, kita perlu sesekali berkeras, Lya. This is life Lya. Kau harus tahu membezakan yg mana kawan dan yg mana lawan. Jangan anggap semua org yg berkawan dgn kau itu baik dan jangan fikir yg org jahat itu tidak mempunyai hati yg baik. Don’t judge a book by it’s cover, sis. Kau terlalu baik Lya, Sampai orang buat kau macam-macam, you still have respect and love for that person. For me, it’s ridiculous. Dan aku rasa, semua orang berfikiran macam aku, Lya.Fikir elok-elok ok…To be love, you have to deserve it. Macam Ikhwan, bukan saja love but he don’t even deserve your hate Lya..Pada aku, dia keterlaluan…”

Kakinya melangkah pantas meninggalkan pantai sepi itu. Dia hanya berserah, Sesungguhnya, dlm hati hanya tersemat nama Ikhwan. Apabila ditolak dan dicampur, Nalya masih tidak mampu menidakkan perasaannya. Dia kasihkan Ikhwan. Pada Nalya, setia itu tanda kasihnya pada Ikhwan. Ikutkan hati dan umurnya yang masih muda, Nalya mampu mempunyai ramai kawan tapi kini, setianya seakan melumpuhkan rasa kasih pada Ikhwan..sedikit demi sedikit.

Thursday, December 09, 2004

Part 1

Nalya melangkah pantas ke ruang makan. Tangannya ligat menyajikan makanan malam itu. Hatinya tiba-tiba panas bila teman serumahnya Ika menegurnya begitu. Dia hanya mahu menelefon Ikhwan, Dia rasa dia patut minta maaf pada Ikhwan. Malangnya Ikhwan enggan menjawab panggilan Nalya.

“Aku kawan kau Lya, aku bertanggungjawab untuk guide kau. Aku tak suka kau bagi muka sangat pada Ikhwan.” Kakinya juga pantas menurut Nalya ke ruang makan rumah bujang mereka. Ruang makan yg dihias sederhana dengan warna dinding biru cair yg mendamaikan mata memandang tidak dapat menyejukkan hati dua sahabat itu.

Come on Ika, dia kan memang macam tu. What should I do? Kalau aku sayangkan dia, aku patut bertolak ansur. Dah 5 tahun Lya kenal dia, I should know him more than any of his friends. Salah Lya juga, jarang dapat luangkan masa untuk dia.”

“Lya sendiri kata, dah 5 tahun,dia jugak patut tahu cara Lya. Masalahnya dia dah melampau Lya. Dia pijak-pijaknya kepala Lya tu. Perangai mengalahkan perempuan!” Panas hatinya melihatkan sikap tolak ansur Nalya yg tak bertempat.

Petang tadi dia meyaksikan perbualan Nalya dan Ikhwan di hadapan pejabat. Dia hanya berdiam di tepi kereta kepunyaan Nalya. Geram sungguh dia dengan sikap Ikhwan. Dapat girlfriend baik pun, buat hal! bentak hatinya.

“ Wan, kenapa ni? Saya call, awak tak nak bercakap. Saya mintak awak datang sini untuk kita bincang tentang hal kita. Wan ada masalah ke?” Nalya menyentuh lembut bahu Ikhwan.

“Tak.”pendek saja jawapan Ikhwan. Pantas saja dia mengalihkan bahu dari sentuhan Nalya.

“Wan marah Lya ke?”

“Ntah.”

“Jangan macam ni Wan.Kalau Lya salah, Lya minta maaf.” Biji mata Nalya sudah memerah.

“Huh!Kalau awak salah??Manalah saya tahu sama ada awak salah atau tak.Awak fikirlah sendiri.Saya malas nak cakap lagi.” Ikhwan sudah mula menengking.

“Wan, kalau pasal weekend lepas, Lya tak dapat keluar dengan awak, please…. Jangan besarkan cerita. Saya ada kerja that Saturday. Takkan Wan tak boleh nak faham.”

“Asyik kerja!Sikit-sikit kerja….aku ni apa? Tunggul? Bukan sekali dua tapi dah banyak kali.”

“Jangan cakap merepek Wan! Baru Sabtu minggu sudah kita keluar belikan hadiah untuk anak buah you. Lya bekerja, Wan pun sama. Apa salahnya, dalam usia muda ni, kita concentrate lebih pada kerjaya kita. Lagipun, keluar selalu nih, tak manis, Wan.” Suara Nalya sudah mula perlahan. Airmatanya bercucuran. Dia sebak mengenangkan sikap Ikhwan. Walaupun Ikhwan 3 tahun lebih tua darinya, ternyata sikap Ikhwan keanak-anakan.

“Hah!Sikit-sikit nangis.Apa-apa hal, awak nangis!Eh sudah la!Saya benci betul kalau awak nangis. Benci aku! Saya meluat betul tengok awak kalau menangis.” hambur Ikhwan.
Tersentak Nalya. Wajahnya yg basah didongakkan menghala ke wajah bengis Ikhwan. Pemikirannya tiba-tiba kosong. Untuk ke sekian kalinya, Ikhwan menghinanya sesuka hati. Dia terasa tangannya ditarik seseorang. Dia menoleh. Ika. Dengan wajah yg merah menahan marah menarik Nalya ke kereta.Nalya hanya menurut. Dia tahu, jika dia berkeras untuk masih menghadap Ikhwan, segala macam lagi akan ditengkingkan. Dan ketika itu juga, sayup-sayup kedengaran Ikhwan memanggilnya. Dia hanya berdiam di dalam kereta hinggalah Ika menyuarakan rasa hatinya malam itu.

“Lya…” Dia lekas-lekas menyeka airmata. Dia tersedar yg dia sedang menyenduk nasi di pinggan Ika ketika mengenangkan peristiwa lewat petang tadi. Ika menyentuh bahunya.

“Fikirlah Lya. Lya sanggup dihina sepanjang hayat macam tu? Ini baru bercinta. Belum lagi beranak pinak. Aku tak sanggup, Lya.”

Nalya hanya membisu. Dia meneruskan makan malamnya tanpa selera. Ika berdiam diri. Sudah beberapa kali dia melihat Nalya begitu sejak 2 tahun lepas, dari mula-mula dia tinggal serumah dengan Nalya. Dalam diam, dia memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana Zairi, tunangnya amat menjaga maruahnya. Bergaduh sesekali, mungkin menjadi rencah hidup tetapi kalau dah sentiasa begini, Ika merasakan sesuatu perlu dilakukan demi ketenangan sahabatnya.