Part 12
Kring!!!
Kring!! Bunyi telefon berdering memecah sunyi malam. Nalya yang sedang pulas
tidur sambil memeluk bantal terlompat dari katil. Dalam keadaan mamai,
tergesa-gesa dia keluar dari bilik untuk mendapatkan telefon di ruang tamu.
Matanya pantas melihat jam yang terletak betul-betul di atas meja telefon.
‘Pukul
1 pagi? Siapa yang gatal telefon pagi-pagi buta ni?’ rungutnya di dalam hati.
Tangannya pantas mengangkat ganggang telefon. Bimbang mama dan abah terjaga.
“Assalamualaikum.
Siapa ni?”, jawab Nalya agak kasar. Geramnya!
“Wa’alaikumsayang…”
Nalya
terasa bagai jantungnya berhenti berdegup. Tangannya menggenggam ganggang
telefon dengan kuat. Is it him? Is it really him? Hanya dia yang memberi dan
menyahut salam sebegitu padanya. Walau ditegah, dia masih menggunakan sebutan
yang sebegitu.
“Nalya…”
“Lya,
please answer me.”
Nalya
masih tegak berdiri, mulutnya seakan terkunci. Perlukah aku menjawab? Perlukah
aku terus mendengar? Nalya mengeluh kecil.
“Mengeluh?
Wan tahu Lya tak nak lagi bercakap dengan Wan. Wan cuma cuba nasib ni. Wan tahu
time-time macam
ni, Lya belum tidur lagi, mungkin tengah baca buku, atau surf internet ke, kan?” tutur
Ikhwan yang masih belum mengalah walau sudah hampir 15 minit Nalya mendiamkan
diri.
“Wan,
semuanya dah berubah!” tegas Nalya. Tidak mahu lagi dia melayan benda-benda
sebegini. Luka dahulu, sudah tidak mahu diingati lagi. Kisah kasih yang dahulu,
sudah hapus dari hati.
Ikhwan
tersentak. Dia terdiam. Air liur ditelan perlahan. Wajahnya diraup perlahan.
Dia teringat status Facebook Ika, sahabat baik Nalya tentang pertemuannya
dengan Nalya beberapa hari yang lalu;
Zulaikha
Zamani ||Alhamdulillah! What a lovely surprise, jumpa Nalya after quite some
time! Tak sabar tunggu shopping date dengan dia Sabtu ni!
5
tahun lalu, dia merasakan Nalya tidak pernah ikhlas sayangkan dia. Nalya selalu
mengambil mudah segala yang berkaitan dengannya. Kecewanya bertambah apabila
mengetahui tentang pemergian Nalya ke UK untuk menyambung pelajaran. Namun
egonya menahan dia dari pergi menghantar di lapangan terbang ketika itu. Darah
muda yang mengalir, merasuk dia dari mengambil kisah tentang Nalya. Biarlah
perempuan itu nak ke mana pun, bukan lagi urusannya.
Bila
saja arwah ibunya mencadangkan untuk dia menikahi dua pupunya, dia hanya
mengangguk, lantas menyerahkan urusan itu pada arwah ibunya. Senyum lebar si
ibu tatkala Ikhwan bersetuju. Dan seperti yang dia sangka, perkahwinannya
dengan Ainur tidak pernah menemui bahagia lantas diakhiri dengan perpisahan.
Dari saat itu, hatinya kembali mencari Nalya Wirdahani!
“Apa
Ikhwan nak, call time macam ni. Semua orang dah tidur, tahu tak?”, seru Nalya
mengejutkan lamunan Ikhwan. Sengaja dia memanggil nama penuh Ikhwan, supaya
Ikhwan sedar, perhubungan ini amat terbatas. Cuma hanya kawan biasa-biasa.
Kawan lama.
‘Sungguh
Nalya sudah berubah…’,detik hati Ikhwan. Selalunya Nalya hanya menurut. Bila
dimarah atau dibentak, Nalya hanya diam. Menangis. Tidak pernah mahu melawan.
Ah! Itu dulu.
“Kalau
tak ada yang penting, saya nak letak telefon ni. Dah lewat.”,bentak Nalya.
Hanya
sepi yang terhidang di telinga. Saat Nalya mahu meletakkan ganggang, kedengaran
suara Ikhwan;
“Maafkan
Wan. Please…”
“Ya
Allah! Setakat nak mintak maaf, esok pun boleh, Encik Ikhwan. Lagipun, awak
terlalu bencikan saya kan? Meluat, menyampah, apa lagi ya?”, Nalya terus
menyebut kata-kata yang pernah dilemparkan Ikhwan. Dengan tidak semena-mena, airmata
Nalya berguguran setitik demi setitik yang lekas-lekas diseka kasar. Terlalu
peritnya sebuah kasih sayang. Terlampau terseksanya dia, hanya kerana perasaan
ikhlasnya terhadap Ikhwan waktu itu. Belum sempat Ikhwan menyahut, Nalya
menyambung lagi;
“Cukup
lah Ikhwan. Dah tak perlu lagi kot kita bercakap tentang maaf, tentang cerita
dulu. Saya dah tak ada rasa apa-apa pada awak pun. Kalau ada pun, cuma ingat
gitu-gitu je.”, Nalya sememangnya tidak mahu lagi mengingati apa-apa tentang
Ikhwan.
Dia
balik ke Malaysia pun, hanya kerana mama dan abah. Adiknya, seorang sudah
berkahwin dan tinggal sendiri. Adik bungsunya pula bakal berkahwin hujung tahun
ini. Sudah tiba masanya dia menjaga kedua mama dan abah.
“Hmmm.
Saya rindu.”
Nalya
terus menghempas ganggang telefon sejurus mendengar kata-kata Ikhwan. Aku benci
kau, Ikhwan!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home